Tahun ke-empat aku kerja under gov ni akhir nya berpeluang jugak ISI BORANG post basic. baru isi borang ye. its a nurse thing. kalau kau nurse tak pergi post basic tu macam ala ruginya. although ada orang rasa post basic tu tak perlu pun still boleh kerja elok sebab belajar dari pengalaman. Ada orang teringin nak ambil post basic tapi tak mampu sebab anak ramai (bukan tak mampu duit sbb post basic ni dapat gaji plus ada elaun) or dah berumur ke or husband tak kasi ke macam macam la kekangan.
masa unit latihan hantar email bagitahu ada pengambilan post basic untuk bulan november tu macam tak excited sangat pun. sebab last year aku dah isi tapi tak dapat hahahahhaa. Actually last year tu syarat dia pun aku dh failed but sister ward suruh isi jugak mana tahu dapat katanyaaahhhh. Untuk course post basic yang aku nak ambil ni intake setahun sekali je which is bulan nov every year. whereas course lain ada yang intake 2x setahun mac and nov.
permohonan tak berjaya tahun lepas sebab markah lnpt aku untuk tahun 2014 aku tak melebihin 85. yelah masa tu tahun pertama aku takda keyakinan diri then kerja pun tak berapa nak perform lah.
bila markah below 85 untuk satu tahun tu automatic rejected ye. i guess so. syarat dia kena 3 tahun berturut turut markah tu 85% ke atas. kalau 2015 pass 2016 tak pass then 2017 pass pun dia kira tak layak.
Tahun lepas tak dapat, tahun ni sister aku suruh isi lagi. haha mmg langsung tak semangat. I mean excited dia tu tak sama macam tahun lepas. Bila bukak link dlm email tu rasa mati kutu jap sebab interface web latihan dalam perkhidmatan tu dah lain. dah lawa. dah majuuuu. ha gituh. thats mean cara nak isi form tu semua dah berubah macam sebelum sebelum ni laa. berbeza sangat dengan tahun lepas aku isi.
So sini aku nak cerita la pengalaman aku isi. Saja nanti dah tua tua nak pencen boleh kenang balik.
Aku memang nak marah la mula mula macam mana nak isi ni, nak kena upload gambar macam mana apa suma. explore punya explore jumpa la dia punya manual. happy lah kejap. click punya click manual dia tak mau keluar pun, stress gila. aku mula la mencaci 'orang gov ni kalau buat web mesti ada problem' beberapa hari jugak la aku try bukak manual dia click link dia tak kluar apa. so malas nak pikir banyak aku pun isi la memandai aku ikut akal logic yang Allah s.w.t berikan kepada setiap insan. part kena upload gmbar tu aku confused la dia suruh upload gambar IC. tapi tak describe spesifik nak macam mana. nak gmbar muka je ke, nak gamba full sekali dengan alamat ke, nak gambar ic depan belakang ke. aku macam wht the fckkkkk manual mana manual !! so aku upload je full muka depan ic tapi tak send la form tu sebab kalau kau dah send memang tak leh edit apa dah mati la kau kena call unit latihan putrajaya tu untuk betulkan apa apa.
tak mati pun just call nanti diorang akan assist la apa yang patut cuma renyeh laa.
The Application
Bulan mei dia email ada intake november maka satu hospital pun berpusu pusu la isi form.tak semua la isi cuma yang cukup syarat saja anddd the best part kena senior dulu yang isi sebab setiap wad dia tak boleh la hantar semua orang kan dia kena la hantar sorang dua je untuk enhance kan staff dia punya ilmu. the thing is aku mmg layak tapi bukan kategori senior lagi. Disebabkan dua orang senior aku tak boleh isi aku la kena isi sama macam tahun lepas dua dua senior atas aku tu tak boleh isi makanya kau jugak lah yang kena isi. kenapa tak boleh isi??? sebab sorang tu baru pregnant so memang dh langgar syarat. yang sorang lagi dah hantar borang transfer tunggu result kalau dia dapat transfer dia akan violate syarat hospital pulak which is staf yang dihantar post basic kena kerja situ selama setahun baru boleh mintak transfer. so senior aku tu kalau boleh nak cepat cepat la transfer. so aku pun okayy jela isi jeee.
So lepas isi form tu kena print borang permohonan tu untuk hantar ke pejabat matron. pening jugak la mana nak cari button untuk print tu. punya la kecik hanat
So lepas isi form tu kena print borang permohonan tu untuk hantar ke pejabat matron. pening jugak la mana nak cari button untuk print tu. punya la kecik hanat
The Waiting
Ni part paling bosan macam tunggu bulan jatuh je. pastu aku mula la mencaci 'orang gov ni kalau bukak permohonan apa apa mesti taknak bgtahu bila tarikh result'
Dah macam apa nak kena bukak web dia tggu kalau ada apa update. bosan lah. cuba tetap kan reult tu nak keluar bila. korang kan dah buat mende ni every year. tak kan tak boleh nak bajet bila keluar kan. just bgtau expected month result tu kan senang. boleh cakap 3x setiap minggu tu aku akan pergi laman web dia untuk tgok hupdate tapi hampa je lebih. puihh. ni bukan excited ye. reason kenapa aku bedebar dgn result sbb ada dua scenario.
-- Scenario 1 (kalau dapat) --
okay kalau aku dapat aku tak tahu dapat kat mana.
ada 3 tempat yang dia boleh campak aku. Selangor which is kawasan aku kerja, Johor and Penang. semua ada pros and cons.
kalau dapat selangor je okay lah aku tak payah pikir pasal transport susah ke nak kena cari rumah sewa baru ke tapi dengar senior senior cakap sg buloh pengajar dia tak best mcm kat johor and penang hahhahahaha. tak baik do.
plus IJN dah tak accept kitorang practical kat sana sbb diorang dah ada student post basic diorang sendiri the fuck. yang ni aku tak sure lah. but rugi siot. IJN superb! untung dpt kat selangor sbb aku tak berjauhan dgn bae. auumm tu je sebenarnya aku risau. tak jmpa sehari pun suram gelisah ye hidup aku. hahaha. then, kalau aku dapat kat johor/penang plak aku kena gigih sikit la cari rumah sewa kat sana and jauh dengan bae which is a nighmare. omg im clingy af im sorry i love you deeply darling. hahaha. and and and aku punya plan run event bulan oct ada dua might be cancelled sbb jauh nak balik selangor *menangis mengenangkan duit yang dah bayar tu*
-- Scenario 2 (kalau tak dapat) --
Thennnn tahun depan aku malas la nak isi ingat aku ni hadap sangat!
tapi kalau tak isi sampai bila nak kena tunggu. orang lain 567 tahun kerja baru ada peluang dapat isi permohonan (sebab queue la senior ramai kot) aku pulak ade peluang ehh malah tolak dasar anjjj. pastu kalau nak sambung degree punya dengki la uni uni ni kalau boleh nak ambil student yang ada post basic je ummm SUSAH LAH!
tapi kalau tak dapat tahun ni aku cam okei je try lagi next year. sbb part of me said never give up. Selagi ada peluang gunakan. unless sister ward cakap kau tapayah lah bagi orang lain pulak then aku akur je. kesahhh.
pastu aku boleh apply cuti panjang panjang gi travel sana sini. sbb post basic nanti cuti sabtu ahad pblic holiday jee. kerja shif ni boleh apply lama sikit selalu 5-6 hari je aku apply sbb wad aku pun bukan cukup staf sangat kesian member lain keje macam nak mati kita pulak enjoyyyy balik tak bawak keychain pulak. kesian.kesian sgt kat diorang.
pastu (ada lagi) kalau tak dapat pergi aku boleh teruskan kehidupan aku macam biasa. takpayah pikir study, exam weeks with all the sleepsless nights semata untuk hafal definition nursing terms yang panjang kejadah tu semua, buat research the fuccckkk bagai, aiyoo scary. pikir la macam mana senior senior aku yang dah ada anak bagai tu semua nak bahagikan masa diorang. boleh sebenarnya but hazab lah.
so yeah. part of me want the other part dont want. i dont care. just follow the flow.
The Result Date
Akhirnyah! setelah gigih visit laman web dia lastly ada jugak update.
okay part ni aku cerita sikit pasal tarikh keramat tu. Actually date asal dia nak umum kan tu pada 3 Ogos 2018 (Jumaat jam 4.00 petang). Jumaat??? 4pm??? so i thought macam last minit punya kerja je diorang nih. hmm okay lets wait up. masa aku dapt tahu pun dua minggu sebelum 3 ogos tu. so aku mula la counting days bagai like all the basic bitches out there. Then on the 3rd august tu boleh pulak tarikh dia berrr tukar jadi 8 ogos seperti yang tertera Bijjjjj the fuckk!!!! nak marah sungguh la hooo. sabar je la dgn diorang ni. kalau korang sakit tak? hahaha. sumpah sakit beb. aku pun bebel bebel la kat bae cakap 'gov ni kalau buat laman web macam ni lah tak menjaga perasaan staf betul'. So aku pun tunggu la i can wait all this long another 1 week ain't supposed to kill me n-word.
Skip to 8 ogos tu. I was working noon shift minding my own bussiness settling patient discharge semua then jeling2 jam tengok its one hour past 6 already. yeayy. the result should be out by now i really need to know dapat ke tak dapat ke so i can proceed my life.
Aku buka laman web dia cam pelik tak de link apa pun. dia tunjuk macam dalam gambar tu laa. no link yang cakap SEMAKAN KEPUTUSAN KURSUS LANJUTAN 'masukkan no. kad pengenalan' . sebab memang mana mana tempak semakan pun semua ada benda tu. last year pun keluar link macam tu untuk kamiorang semak. but that day. nothing. yang ada tempat login and password tu je. Aku pun macam okay try lah login.
THENNNNNNN this bitch have the audacity to show me 'The page you are requesting doesn't exist' WHATTTTTTT! THEEEEEEE! ACTUALLLLLL! FUCCCCCKKKKK! ISHAPPENINGSDFHSJF!
aku balik rumah habis shift tu menangis ye dengan kebodohan sistem diorang ni.
in the middle of the night tu pun aku try lagi log in and still the same. tido sambil nangis lagi.
The News
So esoknya 9 ogos aku kerja shif pagi minding my own patient follow specialist round. Sister ward aku pun dok tanya tanya dapat ke idok sbb dia nak kena adjust jadual kerja.
yela kalau dapat dia nak kena bagi cuti kat aku untuk prep bagai. susah la kau dh buat roster nak kena tarik cuti orang sana sini. kalau takdapat tak pe dia boleh proceed hidup dia macam biasa and aku pun boleh proceeddd macam biasa gelak make fun of my 2nd application kena reject. hahaha bodoh!
then sister aku panggil kata unit latihan call nak no ic and password diorang nak tolong checkkan. aku pun cam okey 9210 bla bla bla pasword !@#$!$ okay aku pun berlalu pergi then 5 mins later sister aku panggil semula Wei nanti hang pi amik surat tawaran kat pejabat matron diorang dah tolong print kan.
YA AULOHHHH aku cam omg omg omg dapat wei! hahahahahahhaahhaa ape aku nak buat nii (dalam hati jela) sbb tak sangka dapat tu je. pastu cover macho aku pun tnya sister dapat mana sis. dia senyum sinis 'sungai buloh je'.
so balik tu aku pun login balik macam aku buat sebelum ni yang tak jadi tu. tapi kali ni jadi. haha
Then kena click dekat bawah keputusan permohonan tu sama ada terima or tolak. since diorang dah check kan untuk aku diorang dah click terima. and kena click dokumen and surat tawaran tu untuk print segala mak nenek yang dia suruh print.
The Preparation
okay since nak start lapor diri isnin 3 september 2018 (lambat lagi ada 3 minggu lagi dari date aku check tu so ekluu) aku kena start dari sekarang! borang dia tak banyak pon. proses nak complete kan borang pun tak rumit.
Yang kena print no 3 4 5 6 je. yang dua atas tu untuk baca je. borang perjanjian tu leceh sikit sbb tu dia sedia kan panduan mengisi which is no 2 tu so macam alhamdulillah la takde la terkial kial mcm before this. kat dalam tu panduan tu ada bgtau borang perjanjian kena print 3 copies using kertas warna hijau muda dia siap letak warna okay berat 80gsm bagai wadeheckk. so dah ada instruction kita follow jela k jangan banyak bunyik.
Ni contoh borang perjanjian aku.
Setem hasil RM 10 beli kat pejabat pos kena beli 3 lah sebab borang ada 3 copies. then isi kena ikut panduan dia. yang bawah tandatangan aku tu dalam panduan dh bagitau gred 41 ke atas je boleh jd saksi so aku tnya staf lain yang dapat post basic ada yang mintak MO diorang sign ada yang mintak matron gred 41/42 sign aku tak sure siapa yang sepatutnya sign sbb panduan tu cuma cakap gred 41 ke atas je. Aku kan penakut sikit nak mintak sign ni yela takkan nak jmpa entah sapa je mintak sign walaupun gred dia 41 ke atas sekali pun macam tak professional lah. plus dia kan kena jadi saksi kita nak pulak dia jadi saksi kalau dia tak kenal kita or kita bukan bawah tanggungjawab dia cam pelik kan. but whatever. aku tanya sister wad je dia cakap kena tanya admin nnt diorang akan settlekan. aku pun berlari anak ke admin juma PT yang menjaga , tapi diorang pun tak biasa deal dgn post basic ni dia suruh aku tnya pejabat matron aku pun cepat cepat gi pej matron tnya nurse incharge tu dia cakap dia tak sure dia suruh sapa sign borang dia haritu nanti dia tgok balik and suruh aku datang esok untuk tnya balik. em em. takpa lah aku tanya balik sister aku baru dia cakap oh ni ketua jabatan kena sign. baru make sense sikit sbb even nak claim OT kalau duit claim lebih satu per tiga gaji mmg ketua jabatan yang akan sign untuk kelulusan so that's it saksi untuk aku tu ketua jabatan aku yang sign.
Tapi leceh la kena pass borang ni kat kerani yang incharge ketua jabatan tu. pastu esok lusa kena follow up tnya dia dh sign ke belum. boleh pulak esok tu dia cakap 'akak takde terima pun borang hijau yang mana ni' ishhhh dia ni. penat aku describe baru dia cam 'ohh borang tu akak dah bagi tapi tak sign lagi dik nanti akak check semula dh siap akak call awak' aku pun okay thanks! petang tu akak kerani tu call cakap dh siap fuh lega. lepas sign ketua jabatan tu esoknya baru aku pergi LHDN kat UTC Pudu untuk mati kan setem. tu yang cop kat setem tu tanda nya setem hasil tu dah arwah ye. so settle lah borang perjanjian.
Next, Medical check up.
sebagai warga hospital amatlah mudah ye sbb ada staff clinic. pergi daftar then diorang akan suruh buat Chest Xray, ambil darah hepB hepC HIV, urine FEME, urine for drugs and UPT untuk wanita nak tgok kalau pregnant cancel ye permohonan. then dia suruh balik hantar specimen sendiri kat lab. diorang cakap bila result dh keluar nanti dtg balik staff clinic untuk doc review result plus buat medical check up as per dalam borang tu. so nanti doc akan buat full check up lah and sign chop. since last month aku dah penah buat cxr aku tak payah repeat just pergi radiology cakap nak cxr reporting untuk post basic, nanti diorang bagi filem and reporting untuk tunjuk kat doc. jimat masa aku. hepb hepc and hiv pun dh penah buat ada dlm sistem, staf clinic cakap valid for 6 months so tak perlu repeat jugak yeyyyy. cuma urine for drugs tu result 2 minggu baru dapat i dont know why lah. to date aku buat entry ni pun result dia tak keluar lagi. next week jelah aku check. Urine drug tu lepas dh kluar result pergi lab mintak reporting kalau xde apa proceed lah bawak skali time lapor diri nanti. InsyaAllah.
Next, Surat Pelepasan Jabatan
yang ni aku kena bagi surat tawaran kat nurse pejabat matron tu untuk dia proses surat pelepasan jabatan. yelah kita nak cuti belajar setahun kena lah ada official letter pelepasan. akak tu cakap nanti dah siap dia email. sekarang ni pun aku tak terima lagi. yang lain lain tu senang je tak perlu cerita boleh settle. hahaha.
Tu je nak cerita punn kecoh pun korang. kbai.











