okay next topic is aktiviti kat sana.
since dia small island tak banyak pon tempat korang bleh pergi.
kalau pergi 3D2N memang tak sempat nak explore sangat.
Hotel amik yang bese bese jer takperlu over.
Kami stay dekat Gypsy Resort. Bagi aku berbaloi la sbb stay 4 orang and dekat dengan Sunrise Beach like 30saat je sampai. Cuma hotel kami nun di hujung dunia penat menapak.
tak koser nak naik motor taxi 50 baht per pax itu.
Condition hotel 6/10 - sebab ade 3 hammock depan bilik, katil selesa plus ada kelambu.
Staff friendly, jumpa masa check in and check out je. hahaha tak sempat nak bersua muka pun.
otherwise kurang best sebab air toilet lembab macam siput, pencahayaan kurang - no big issue pun sebab tu rasa berbaloi je.
1 - Photoshoot
Of course lah beb. harus mengabadikan kenangan korang.
scene dia memamg cantik cantik. pantai laut membiru, lanscape, sunrise/sunset, etc.
korang pergi je celah bedah mana ambil gambar takde sapa nak judge. tourist kaannn. haha
tengah tengah jalan walking street tu pun no hal siap orang berhenti bagi chance amik gambar
kalau nak ajak diorang interframe pun sure tourist lain sporting je.
2. Snorkeling Trip
yang ni mmg kalau pi sana kena try. Actually korang bercuti mana mana island memang ni je yang seronok.
haha. but suprisingly package sini murah murah la jugak.
Kami amik full day trip Program H baru 800 baht per pax (harga asal 950 baht /pax but korang kena try can cheap? can cheap? sure dia kasi murah sikit, kalau boleh conversate dalam thai silap silap boleh dapat free hahah)
included;
4 point tempat menarik
-- Batu berlapis (biase jeee)
-- Pantai view cantik
-- Monkey beach
-- Pulau batu hitam
3 point snorkeling (okay yang ni seronok tak puas rasa) tengok coral, ikan berenang depan mata!
Sunset View (Amazing okey!)
Plankton yang kelip kleip biru dalam air tu
This is so magical. sayang nya amik gambar tak nampak sebab gelap kot
ada lunch x1 sedap la jugak yang penting halal kebetulan kitorang dapat abam muslim
boatman malay dia not bad, friendly and funny too! walaupun sengau susah nak hadam lawak dia tapi gelak je
boatman ni akan amik gamba korang guna camera diorang underwater and gambar tu boleh mintak free je
snorkel mask
mineral water
keropok and watermelon masa lepak tengok sunset. Memang heaven.
| Ni trip full day yang kitorang ambil |
| banyak lagi yang murah dan best, pandai la pilih and nego |
![]() | ||
Ni lah empat sekawan Do Re Mi and Fa, masuk dalam sikit semua lemas
|
3. Lepak Pantai
yang ni seronok jugak! just relax amik angin yang gentle je but can get rough tapi still sedap. auuumm. dia punya windy tu lain macam rasa. sekai dia uhmm uhmm mmg best. mandi mandi sikit kalau korang tak puas swimming snorkeling tu.
Air dia mmg clear kalau fefeeling nak menyelam tu jgn lupa bawak googles sendiri or rent snorkel mask 50 baht.
4. Walking Street
Ala ala petaling street gitu. ni memang main pekan dia lah kira. korang nak makan ke cari sorvenir, seven eleven, market bar, tempat urut, etc. semua kat sini. pusing pusing lah tengok.
5. Thai Massage
uuuiiiii harus try jugekk. mana nak dapat full body massage (not included genital area jangan berangan haha) dengan harga standard urut kaki sahaja. Masseuse dia pun gentle je takde aggressive kitorang pun kurus kering je. Memang terbaik. harga mana mana lebih kurang. lepas penat snorkeling tu memang sedap kena urut. Kitorang amik foot and back massage dia kasi harga 315 baht sorang. tapi dia urut mmg dari head, neck, arms, buttock (dia tekan jugekk. nak terkentut tu tahan la jangan main semburrrr) legs and foot. Kaki tu memang dia lipat lipat ye. Badan kita dia pusing macam helikopter. Memang bestt!
after that dia belanja minum herb buang toxic katanya.
Memang friendly habis Pooh's Thai Massage ni. walaupun muka acik yang basuh kaki kami tu ketat je memula. sayang nya takde duit lebih nak kasi tips :( but diorang okay je. mat salleh dh banyak kasi tips kembong pocket diorang aku tengok.
Malam tidur mmg lena. takde sengal sengal ubi ke hape. Must try!
| tak tahu kenapa acik ni buat muka menyampah, penat kali. |
| Harga mana mana sama je just try nego diorang tak kedekut |
6. Makan
makan kat sana jangan tanya la rege. mahai beb. miskin macam aku mmg bawak packed food dari rumah jaa. Thanks to my friend suggest bawak Brahim's beli kat mydin je RM 6.90/piece
Rupanya dah ramai buat macam ni wehh majoriti member kerja aku cerita diorang bercuti bawak Brahim's haha cilanat aku baru tahu.
kitorang beli 8 pack pelbagai lauk then makan cicah roti gardenia makan berempat.
Aku suggest kalau beg muat beli la roti tu banyak sikit kitorang bawak 1 buku panjang untuk 4 org sumpah tak cukup!
kalau tak korang kena beli roti extra 33.00 baht mahal noq.
kalau roti panjang tak panjang sangat tu mau cecah 60-70 baht. Roti je punnnnnn. Tapi lembut lain macam.
Since decent meal kat sana agak mahal, dinner hari kedua tu kami decide untuk beli plain rice je makan dengan Brahim's. Berbaloi woi. sedap dia tak perlu cerita lah. Plain rice 20 baht sajoo.
Tapi tak salah nak cuba-cuba kalau ada duit lebih. yelah kan dah datang jauh-jauh pe salah try kan.
kitorang skali je dinner kt Roti Mina Restaurant halal food.
Sorang makan satu dish harga 120 - 150 baht. Mahal tak u ols.
walhal dish dia lebih kurang kat sini je.
contoh Nasi Goreng Ayam goreng kunyit baru RM 6-7 mcm tu kalau kt KL ni
kat sana diorang jual Nasi PUTIH Ayam goreng lada 130 baht. nasi putih yee.
pastu kering takde kuah ke sup ke.
kalau convert harga dia cam RM 13-14 hengget ha kau. matilanak.
Tomyam dia yang kalau korang nak makan beramai ramai tu lagi la mencekik harga.
tercekik la korang.
but rasa tak sure lah maybe sedap dia lain dari Malaysia. Walaupun kat malaysia orang thai jugekk yg masak
Boleh cuba jangan gentar hahaha.
saja bagitau awal supaya korang boleh spare duit makan lebih la. hiks.
Local Foods dia harga standard sini je. seronok macam harga pasar malam gitu. Worth to try lah.
kulukilir pun majoriti kedai jual benda sama beza ada yang pork and halal je.
harga all almost the same mana mana.
Pancake can get from 40 bath up to 80 baht ikut flavour.
Fruit shake 60 baht je you ols.
Ice cream coconut pun around 60 baht je
Thai mini crepe 20 baht 3pcs - beli sebab nampak chomel haha
Bebola cucuk macam kat pasar malam tu 20 baht satu cucuk. boleh laa.
![]() |
| ini lah dish dish itu |
| close-up. sendu tak you ols? susah nak beza ayam dengan bawang putih dia |
| comel kannn, rasa tak mengecewakan |
My itinerary went something like this;
1st Day
1000 - flight depart from KLIA (1hr journey)
1100 - arrival at Langkwi
1500 - ferry depart to Koh Lipe (1hr 30mins journey)
1530 - arrival at Koh Lipe (Waktu thai) , immigration checked
- check in hotel
- letak beg terus lepak pantai
1800 - merayau di walking street
- dinner
- cari pakage for snorkeling trip
2100 - balik hotel
2nd Day
1000 - breakfast
1100 - start full day snorkeling trip
2000 - balik hotel mandi
- jalan jalan walking street try local foods
2100 - thai massage full body 1hr
2230 - balik hotel
Last Day
0830 - checked out hotel
0900 - check in ferry with immigration checked (ferry pukul 10am)
1100 - ferry depart to Langkawi (tapi gerak lambat jugak)
Budgets;
Ticket Flight KL - Langkawi - KL = RM 178 (promo, no baggage fee)
Ferry return = RM 115.25 (discount after beli ramai ramai)
Hotel 2nights for 4 = RM 145.75 seorang
Total = RM 439
Tax Fee = 200 baht
Snorkeling trip = 800 baht
Massage = 315 baht
Makan;
- Dinner 1 dish = 120 baht
- Fruit shake = 60 baht
- Pancake = 40 baht
- Ice cream coconut = 60 baht
- Thai mini crepe = 20 baht
- Bebola cucuk (20 baht satu cucuk) x5 = 100 baht
- Plain rice = 20 baht
Total = 1,735 baht
Currency masa ni 100 baht = 12.46 ringgit
I ols bawak 2,000 baht je untuk belanja seorang
2,000 x 0.1246 = RM 249.20
Actually 2,000 tu mmg cukup cukup makan je.
kalau totally nak makan restaurant sana aku suggest bawak duit thai lebih sikit
plus for sorvenir rata-rata keychain 5pcs around 100 baht, fridge magnet dia yang so so tu around 100 baht dapat la 2-3 nacam tu. T-shirt/singlet , beg price around 300-500 baht pandai la engkorang nego.
I ols tak berminat sangat dengan sorvenir dia. so memang tak beli. member member je beli.
Last day memang kitorang check out hotel awal sebab Ferry ride untuk ke langkawi ada dua sesi je
Last day memang kitorang check out hotel awal sebab Ferry ride untuk ke langkawi ada dua sesi je
Sesi pagi -- around 10am
Sesi petang -- around 4pm
walaupun ticket flight ke KL pukul 6pm berdasarkan calculation aku kalau naik pukul 4 mmg akan terlepas flight.
contoh kalau aku naik ferry jam 4pm perjalanan 1hr 30mins sampai langkawi jam 6.30pm (waktu malaysia).
Even if ferry gerak exactly at 4pm pun sure sure terlepas flight. menangis!
tapi non hado. nak tunggu immigration checked, tunggu boat sampai, beratur naik boat, tunggu semua passenger boarded mau jam 5.30pm baru gerak. Nak lagi seram cuaca buat hal dah boat kena berhenti kejap. paling busuk pun boleh sampai langkawi around 8pm.
so kat sini aku suggest kalau korang nak naik ferry jam 4pm tu make sure ticket flight korang 9pm ke atas.
kalau naik fligth lah.
since kami sampai langkawi awal dari flight time, ada la masa untuk jalan jalan beli coklat.
tapi kami tak pergi pun sebab tak minat instead kami makan kat Laksa Ikan Sekoq. Sedap gila laksa dia.
Plus kedai dia tepi pantai langkawi and lintas jalan tu airport runaway. Terbaik~
Lepak situ lama jugak then baru lepak airport sebab takut sangat terlepas flight. Seram beb.
walaupun ticket flight ke KL pukul 6pm berdasarkan calculation aku kalau naik pukul 4 mmg akan terlepas flight.
contoh kalau aku naik ferry jam 4pm perjalanan 1hr 30mins sampai langkawi jam 6.30pm (waktu malaysia).
Even if ferry gerak exactly at 4pm pun sure sure terlepas flight. menangis!
tapi non hado. nak tunggu immigration checked, tunggu boat sampai, beratur naik boat, tunggu semua passenger boarded mau jam 5.30pm baru gerak. Nak lagi seram cuaca buat hal dah boat kena berhenti kejap. paling busuk pun boleh sampai langkawi around 8pm.
so kat sini aku suggest kalau korang nak naik ferry jam 4pm tu make sure ticket flight korang 9pm ke atas.
kalau naik fligth lah.
since kami sampai langkawi awal dari flight time, ada la masa untuk jalan jalan beli coklat.
tapi kami tak pergi pun sebab tak minat instead kami makan kat Laksa Ikan Sekoq. Sedap gila laksa dia.
Plus kedai dia tepi pantai langkawi and lintas jalan tu airport runaway. Terbaik~
Lepak situ lama jugak then baru lepak airport sebab takut sangat terlepas flight. Seram beb.
Visit Koh Lipe memang one of my main goals in 2018. Haha puas hati aku! memang tak menyesal.
The best part bila kau dapat travel dengan bff sendiri. Thanks Ashwan ngajak kami!
This is also our first travel bersama ke Luar Negara. Memang happening lah ceritanya.
Kesimpulannya dengan bermodalkan RM 700 seorang sampailah kami ke Koh Lipe.
try la celah celah mana yang boleh cut cost (kalau mmg nak tight budget tu)
Thats all.
Kap kun krap ~




No comments:
Post a Comment