Thursday, 22 February 2018

Dunia Akhir Zaman

*tajuk takde kaitan*

What it takes to be a good partner?
Bukan susah pun nak jadi partner yang baik ni
just --
jadi baik. HAHAHA. (tak lawak pun saja bagi effect bodo)

okay its not that easy. 

partner ni ada pelbagai jenis perangainya
ada yang kalau tidur tu memang tunggu tiupan sangkakala partner dia mati kutu bangun-tidur 10x
ada yang kalau pergi makan kedai semua benda nak order pastu tak habis
ada yang kalau makan tu nak makan dulu tak tunggu partner and tak tanya pun kan
ada yang kalau buat keputusan tu nak kelam kabut je sampai affect orang lain punya life 
ada yang kalau apa apa kena utamakan dia dulu kalau tak moody jer
ada yang kalau dapat menyembang/gosip tak ingat partner kat sebelah
ada yang kalau nampak jantan helok terus gigil lutut tak keruan 
ada yang macam macam macam lagi.

manners make us human

so bila hidup berpartner ni memang hazab kalau tak kena dgn perangai memasing
gaduh je setiap hari. tu tak kena, ni tak kena.
but kena ingat jugak bukan semua ketidakserasian perlu berkahir dengan perpisahan.
the way you gais handle things kena in sync dengan your maturity
and to have in such relationship must possess ideal levels of maturity at the first place. 
kalau tak, byeeeeeeeeeee. 


Accept people the way they are.
tak kira betapa hazabnya perangai kena try untuk slow slow menerima sejurus merubah kearah sistem perhubungan yang lebih dinamik (ayat ayat pencetus ummah)
jangan cuba sekali dua dah 'aduh malas la dia ni susah la' 
sebab disebalik perangai hazab partner korang tu ade tersimpan the best quality yang buat korang nak sangat kat dia dulu dulu.


Self control.
ini sangat penting ye. jangan nak cepat melenting. biasa lah setiap orang ada baran dia masing masing cuma kena pandai set limit. and limit tu kasi tingggiiiii sikit. baran tu pun penting jugak dalam diri kita. self mechanism supaya orang tak senang lenang je pijak kita.
i have this one member yang memang susah gila marah orang lain even dia kena tahikk. 
masa pelamin angan musnah sebab bridal package tu buat hazab nak mampus beza gambar dengan reality, baju pengantin dh fitting tapi besar and malam bersanding tu rilek dia jahit tangan alter sendiri.
see, in the event where mostly ppl would go 'your dead bitch' instead she remains calm.
sebab apa? sebab ade self control. and its not about anger je, macam macam lagi yang tak boleh control but we can actually control. Personally i envy her self control. tapi hujung hujung bila limit dia sampai haa kau naik hantu. takut (masa kejadian) and lawak (selepas 2-3 hari kejadian). yela member yang kau kenal gelak sokmo tetiba naik hantu tak lawak ke. HAHA sorry tergelak. but to top that, aku macam respect gila kat dia


Share responsibility.
Have some responsibility in the commitment or simply allow your partner take part. 
yeah hidup berpartner kena buat keputusan sama sama
tak boleh nak pikir keputusan sendiri je even kau rasa 'ala tak affect dia dia pun' aq adalah aq ko adalah ko.
No tak boleh macam tu dear.
or 'you buat la keputusan i tak kesah macam mana pun' hey penampar nak?
when your partner ask your opinion dia bukan malas nak pikir okay or nak lepas tanggungjawab. 
Dia actually put you in high level and trust you to have such kata putus in a decision making.
even sesimple 'nak makan mana?' 
kadang dia nak you brainstorm sebab taknak bosan makan tempat sama je 
but nak makan mana tu memang cilaka susah nak pikir cetan betul boleh bawak gaduh. so dikecualikan.
tu yang simple case. imagine yang lebih besar and important.
harus sabar dan jangan kelam kabut. and timing! kena sesuai jugak. kalau letih belengaih tu jgn la nak tanya berat berat. mintak makan kaki jugak ye.but haip! self control mana? jgn lupa tu kay.


Selfless.
Bukan nak suruh kau sentiasa utama kan orang lain dulu but sometimes theres no harm putting others first.
in fact kau akan rasa happy sebab orang yang kau sayang dapat apa yang dia nak.
from as simple case as like my bae let me conquer the blanket sorang sorang eventho dia sejuk malam malam buta sebab he's been knew that i cant bear sleeping without selimut and hasnt complaining a bit but sometimes he let me knew to the much bigger case.
in my defense aku memang tak sedar kalau aku conquer selimut tu. so kalau terjaga malam buta tu tengok dia tak berselimut aku akan share like 30% of the selimut untuk selimutkan dia. selfless tak aku. Hahahaha.
seee. happy kan macam tu.


Give and Take.
Penting jugek. Kena saling bertolak ansur. Harini I esok YOU haa macam tu.
tak kira la apa apa department yang you gais tak boleh nak buat or malas nak buat together mesti kena bertolak ansur. jangan tolak je tu yang banyak partner jadi ex-partner. Heyy tak mau lah macam tu dear. seram tau. Especially bab financial. kena saling support ye sayang sayang. even kau rasa 'eleh dia tu banyak duit dari aku bla bla' or poyo sikit 'jangan harap eh nak kikis aku' No! no such thing!
Ada yang untung sikit tu dapat partner yang tak berkira, kau la kena pandai give. jangan take take je keje kau. lama lama dia partner pon bosan. lama lama as in hujung hujung nak kiamat tu la kot. sebab ada orang memang tak kisah untuk orang yang dia sayang.
or house chores -- kalau stay sekali la. sama sama kemas rumah. harini i buat laundry next time you pulak haa gitu. baru lah harmoni. baru la jiran sebelah makcik-makcik bawang are shakinggg!


Being open (i.e: no secrets)
yang ni susah sikit. especially awal awal relationship. bukan apa, bahaya. mana lah tau partner kau tu sebenarnya nak spy rahsia kau sebab dia nonok pembawa berita. amik masa sikit untuk being open in relationship ni. but kalau kau dah together dari zaman mahathir sampai zaman najib tu ko nak hati hati apa lagi. of course dah kenal hati masing masing and jangan terkejut at this point masih lagi yang main secret secret even you thought you know your partner well inside out.
kita memang tak digalakkan untuk cari salah partner lah sebab what if your partner turns out is being honest for the whole damn times memang akan buat dia kecil hati lah.
So that's why in order to be a  good partner, you two must being open for who your are.
selain mengelakkan anasir luar fitnah menfitnah cobaan untuk goyah kan hubungan korang, korang jugak dapat selami hati and rahsia terpendam and gelak sama sama atas kebodohan rahsia ituw.


and banyak lagi yang positip yang korang boleh come out with, nilai, fikir.
yang ni just a little fraction yang aku rasa penting, yang aku ingat, yang otak aku boleh proses ~
Yeah dude c'mon. be a good partner to your partner.
stop being such an ass.
have some compassion
have some faith
Spread love not hiv -- tibahhh.
make your parents proud.

so, What it takes to be a good partner?
you have been answered.

Saturday, 17 February 2018

Travel to Koh Lipe, Thailand Part 2/2

okay next topic is aktiviti kat sana.
since dia small island tak banyak pon tempat korang bleh pergi. 
kalau pergi 3D2N memang tak sempat nak explore sangat.
Hotel amik yang bese bese jer takperlu over.

Kami stay dekat Gypsy Resort. Bagi aku berbaloi la sbb stay 4 orang and dekat dengan Sunrise Beach like 30saat je sampai. Cuma hotel kami nun di hujung dunia penat menapak. 
tak koser nak naik motor taxi 50 baht per pax itu. 
Condition hotel 6/10 - sebab ade 3 hammock depan bilik, katil selesa plus ada kelambu.
Staff friendly, jumpa masa check in and check out je. hahaha tak sempat nak bersua muka pun.
otherwise kurang best sebab air toilet lembab macam siput, pencahayaan kurang - no big issue pun sebab tu rasa berbaloi je.

dia ni memang taknak tidur katil kat sini je port dia jadi hidangan nyamuk

1 - Photoshoot
Of course lah beb. harus mengabadikan kenangan korang. 
scene dia memamg cantik cantik. pantai laut membiru, lanscape, sunrise/sunset, etc.
korang pergi je celah bedah mana ambil gambar takde sapa nak judge. tourist kaannn. haha
tengah tengah jalan walking street tu pun no hal siap orang berhenti  bagi chance amik gambar
kalau nak ajak diorang interframe pun sure tourist lain sporting je. 

2. Snorkeling Trip
yang ni mmg kalau pi sana kena try. Actually korang bercuti mana mana island memang ni je yang seronok.
haha. but suprisingly package sini murah murah la jugak.
Kami amik full day trip Program H baru 800 baht per pax (harga asal 950 baht /pax but korang kena try can cheap? can cheap? sure dia kasi murah sikit, kalau boleh conversate dalam thai silap silap boleh dapat free hahah)

included; 
4 point tempat menarik 
 -- Batu berlapis (biase jeee)
 -- Pantai view cantik 
 -- Monkey beach
 -- Pulau batu hitam

3 point snorkeling (okay yang ni seronok tak puas rasa) tengok coral, ikan berenang depan mata!

Sunset View (Amazing okey!)

Plankton yang kelip kleip biru dalam air tu
This is so magical. sayang nya amik gambar tak nampak sebab gelap kot

ada lunch x1 sedap la jugak yang penting halal kebetulan kitorang dapat abam muslim
boatman malay dia not bad, friendly and funny too! walaupun sengau susah nak hadam lawak dia tapi gelak je
boatman ni akan amik gamba korang guna camera diorang underwater and gambar tu boleh mintak free je
snorkel mask  
mineral water 
keropok and watermelon masa lepak tengok sunset. Memang heaven.


Ni trip full day yang kitorang ambil

banyak lagi yang murah dan best, pandai la pilih and nego

Ni lah empat sekawan Do Re Mi and Fa, masuk dalam sikit semua lemas

sunset view and us
3. Lepak Pantai
yang ni seronok jugak! just relax amik angin yang gentle je but can get rough tapi still sedap. auuumm. dia punya windy tu lain macam rasa. sekai dia uhmm uhmm mmg best. mandi mandi sikit kalau korang tak puas swimming snorkeling tu. 
Air dia mmg clear kalau fefeeling nak menyelam tu jgn lupa bawak googles sendiri or rent snorkel mask 50 baht.

4. Walking Street
Ala ala petaling street gitu. ni memang main pekan dia lah kira. korang nak makan ke cari sorvenir, seven eleven, market bar, tempat urut, etc. semua kat sini. pusing pusing lah tengok.

5. Thai Massage
uuuiiiii harus try jugekk. mana nak dapat full body massage (not included genital area jangan berangan haha) dengan harga standard urut kaki sahaja. Masseuse dia pun gentle je takde aggressive kitorang pun kurus kering je. Memang terbaik. harga mana mana lebih kurang. lepas penat snorkeling tu memang sedap kena urut. Kitorang amik foot and back massage dia kasi harga 315 baht sorang. tapi dia urut mmg dari head, neck, arms, buttock (dia tekan jugekk. nak terkentut tu tahan la jangan main semburrrr) legs and foot. Kaki tu memang dia lipat lipat ye. Badan kita dia pusing macam helikopter. Memang bestt!
after that dia belanja minum herb buang toxic katanya. 
Memang friendly habis Pooh's Thai Massage ni. walaupun muka acik yang basuh kaki kami tu ketat je memula. sayang nya takde duit lebih nak kasi tips :(  but diorang okay je. mat salleh dh banyak kasi tips kembong pocket diorang aku tengok.
Malam tidur mmg lena. takde sengal sengal ubi ke hape. Must try!

tak tahu kenapa acik ni buat muka menyampah, penat kali.

Harga mana mana sama je just try nego diorang tak kedekut

6. Makan
makan kat sana jangan tanya la rege. mahai beb. miskin macam aku mmg bawak packed food dari rumah jaa. Thanks to my friend suggest bawak Brahim's beli kat mydin je RM 6.90/piece
Rupanya dah ramai buat macam ni wehh majoriti member kerja aku cerita diorang bercuti bawak Brahim's haha cilanat aku baru tahu.



kitorang beli 8 pack pelbagai lauk then makan cicah roti gardenia makan berempat.
Aku suggest kalau beg muat beli la roti tu banyak sikit kitorang bawak 1 buku panjang untuk 4 org sumpah tak cukup! 
kalau tak korang kena beli roti extra 33.00 baht  mahal noq.
kalau roti panjang tak panjang sangat tu mau cecah 60-70 baht. Roti je punnnnnn. Tapi lembut lain macam.
Since decent meal kat sana agak mahal, dinner hari kedua tu kami decide untuk beli plain rice je makan dengan Brahim's. Berbaloi woi. sedap dia tak perlu cerita lah. Plain rice 20 baht sajoo.

Tapi tak salah nak cuba-cuba kalau ada duit lebih. yelah kan dah datang jauh-jauh pe salah try kan.
kitorang skali je dinner kt Roti Mina Restaurant halal food. 
Sorang makan satu dish harga 120 - 150 baht. Mahal tak u ols.
walhal dish dia lebih kurang kat sini je.

contoh Nasi Goreng Ayam goreng kunyit baru RM 6-7 mcm tu kalau kt KL ni
kat sana diorang jual Nasi PUTIH Ayam goreng lada 130 baht. nasi putih yee.
pastu kering takde kuah  ke sup ke.
kalau convert harga dia cam RM 13-14 hengget ha kau. matilanak. 
Tomyam dia yang kalau korang nak makan beramai ramai tu lagi la mencekik harga.
tercekik la korang.

but rasa tak sure lah maybe sedap dia lain dari Malaysia. Walaupun kat malaysia orang thai jugekk yg masak 
Boleh cuba jangan gentar hahaha.
saja bagitau awal supaya korang boleh spare duit makan lebih la. hiks.

Local Foods dia harga standard sini je. seronok macam harga pasar malam gitu. Worth to try lah.
kulukilir pun majoriti kedai jual benda sama beza ada yang pork and halal je.
harga all almost the same mana mana.

Pancake can get from 40 bath up to 80 baht ikut flavour. 
Fruit shake 60 baht je you ols. 
Ice cream coconut pun around 60 baht je
Thai mini crepe 20 baht 3pcs - beli sebab nampak chomel haha
Bebola cucuk macam kat pasar malam tu 20 baht satu cucuk. boleh laa.

hfzfr.blogspot.com
ini lah dish dish itu

close-up. sendu tak you ols? susah nak beza ayam dengan bawang putih dia
comel kannn, rasa tak mengecewakan

My itinerary went something like this;

1st Day
1000 - flight depart from KLIA (1hr journey)
1100 - arrival at Langkwi
1500 - ferry depart to Koh Lipe (1hr 30mins journey)
1530 - arrival at Koh Lipe (Waktu thai) , immigration checked
         - check in hotel
         - letak beg terus lepak pantai
1800 - merayau di walking street
         - dinner
         - cari pakage for snorkeling trip
2100 - balik hotel

2nd Day
1000 - breakfast
1100 - start full day snorkeling trip
2000 - balik hotel mandi
         - jalan jalan walking street try local foods
2100 - thai massage full body 1hr
2230 - balik hotel

Last Day
0830 - checked out hotel
0900 - check in ferry with immigration checked (ferry pukul 10am)
1100 - ferry depart to Langkawi (tapi gerak lambat jugak)


Budgets;

Ticket Flight KL - Langkawi - KL = RM 178 (promo, no baggage fee)
Ferry return = RM 115.25 (discount after beli ramai ramai)
Hotel 2nights for 4 = RM 145.75 seorang

Total = RM 439

Tax Fee = 200 baht
Snorkeling trip = 800 baht
Massage = 315 baht
Makan; 
 - Dinner 1 dish = 120 baht
 - Fruit shake = 60 baht
 - Pancake = 40 baht
 - Ice cream coconut = 60 baht
 - Thai mini crepe = 20 baht
 - Bebola cucuk (20 baht satu cucuk) x5 = 100 baht
 - Plain rice = 20 baht

Total = 1,735 baht

Currency masa ni 100 baht = 12.46 ringgit
I ols bawak 2,000 baht je untuk belanja seorang 
2,000 x 0.1246 = RM 249.20

Actually 2,000 tu mmg cukup cukup makan je.
kalau totally nak makan restaurant sana aku suggest bawak duit thai lebih sikit 
plus for sorvenir rata-rata keychain 5pcs around 100 baht, fridge magnet dia yang so so tu around 100 baht dapat la 2-3 nacam tu. T-shirt/singlet , beg price around 300-500 baht pandai la engkorang nego.
I ols tak berminat sangat dengan sorvenir dia. so memang tak beli. member member je beli.

Last day memang kitorang check out hotel awal sebab Ferry ride untuk ke langkawi ada dua sesi je
Sesi pagi -- around 10am 
Sesi petang -- around 4pm

walaupun ticket flight ke KL pukul 6pm berdasarkan calculation aku kalau naik pukul 4 mmg akan terlepas flight.
contoh kalau aku naik ferry jam 4pm perjalanan 1hr 30mins sampai langkawi jam 6.30pm (waktu malaysia).
Even if ferry gerak exactly at 4pm pun sure sure terlepas flight. menangis!
tapi non hado. nak tunggu immigration checked, tunggu boat sampai, beratur naik boat, tunggu semua passenger boarded mau jam 5.30pm baru gerak. Nak lagi seram cuaca buat hal dah boat kena berhenti kejap. paling busuk pun boleh sampai langkawi around 8pm.

so kat sini aku suggest kalau korang nak naik ferry jam 4pm tu make sure ticket flight korang 9pm ke atas.
kalau naik fligth lah.

since kami sampai langkawi awal dari flight time, ada la masa untuk jalan jalan beli coklat.
tapi kami tak pergi pun sebab tak minat instead kami makan kat Laksa Ikan Sekoq. Sedap gila laksa dia.
Plus kedai dia tepi pantai langkawi and lintas jalan tu airport runaway. Terbaik~
Lepak situ lama jugak then baru lepak airport sebab takut sangat terlepas flight. Seram beb.

Visit Koh Lipe memang one of my main goals in 2018. Haha puas hati aku! memang tak menyesal.
The best part bila kau dapat travel dengan bff sendiri. Thanks Ashwan ngajak kami!
This is also our first travel bersama ke Luar Negara. Memang happening lah ceritanya.

Kesimpulannya dengan bermodalkan RM 700 seorang sampailah kami ke Koh Lipe. 
try la celah celah mana yang boleh cut cost (kalau mmg nak tight budget tu) 
i.e: makan sikit, snorkeling trip yang halfday je murah sikit kan.

biase jekk

Thats all. 
Kap kun krap ~

Friday, 16 February 2018

Travel to Koh Lipe, Thailand Part 1/2

Hai gais!

tbh imma blog virgin. so ni kira this is my pilot post lah. sebab tu sendu je blog ni. jangan carut pls.
So yeah. Koh Lipe, Thailand on Feb 2018.
Aku nak share banyak sikit about my experiences, budget, activities and all sort. Kenapa Koh Lipe? heyy gila ke apa. haruslah sebab pasir pantai sehalus tepung and laut biru turquoise dia tu. Memang cantik tak menyesal travel ke sana. Rasa macam nak repeat but miskin macam aku ni better no lah. Duit tu kita pergi visit tempat lain pula ye dak.

but of course aku pun before this tak penah dengar Koh Lipe ni
my bestfriends mention and bagi fews insight cakap pantai cantik apa suma
Aku mmg pantang tau dgar pantai-pantai ni so dengan rakusnya google, blogwalking then terkesima lah jiwa raga tgok orang punya post. hagituh.

Belanja gambar abam pantai sikit
 cantik kan? sumpah tak tipu

ookaayyy.

First off, cara nak ke Koh Lipe. Kami pergi ber empat. tak syiok la sorang sorang kan.
Korang kena sedia maklum ye Koh Lipe ni small island. Takde airport, takde jetty, takde kereta/lori bagai tu lah. hanyalah manusia half naked jalan kulukilir auummm. Moto and basikal tu ada lah. Cerita nya koh lipe ni dekat dengan Langkawi. so apa apa hal you gais mmg kena menapak ke langkawi dulu sebelum sampai koh lipe.

Pepandai la korang nk ke langkawi caner yekk.
Cara kami, naik flight from KLIA2. sebab orang KL kan.
so nak ke airport time tu our sweetheart Daniel yang hantarkan. Sweetkan! Jimat duit masa kitorang ;)

route yang kitorang guna;
KLIA2 > Langkawi Airport > Jetty Telaga Terminal > Koh Lipe

bagi aku ni yang mudah plus rilex tayah susah-susah drive ke utara tak koser.
but budget wise, of course la drive sendiri lagi jimat dari naik flight kan. ikut nafsu memasing lah.

Next pls!

Flight KUL to LGKW with Airasia --> RM 178 return. that makes RM 89 one way. ni dapat harga promo yek (thanks to bae love you) plus no baggage fee yg 25kg ke hape ke. hand carry ataupun backpack sajo. Tak koser nak bawak luggage besor besor tu. kalau dh bawak hand carry tu jgn lebih 7kg pulak segala mak nenek korang nk sumbat kan.

korang kalau ade plan nak travel tu rajin2 la check promo ticket sbb dia mmg bg promo awal-awal.
bahkan boleh dapat lagi murah dari ni or else harga memang mencanak macam ko**

sampai LGKW airport korang naik teksi/grab/uber yang mana mudah lah untuk ke Telaga Terminal tu.
so my friend book grab guna promo code ape tah dapat free ride you ols. he's so smart!
Telaga Terminal tu mmg dekat dgn airport around 15 mins.

beforehand we ols dah book ticket ferry ke koh lipe sehari sebelum - not encouraged!
sebab lepas book korang kena email notify diorang then diorang akan email balik ticket untuk korang print
ambil masa kan better book dua tiga hari sebelum. aku senang je, lepas book terus call. settle.

Plus,
takut ticket sold out. sama lah kalau korang beli over the counter takut ticket sold out jugak.
hazebb la korang.

If problem dengan ticket, korang masih ada harapan ke koh lipe via Jetty Kuah.
orang jarang naik sini maybe ticket banyak lebih.
jauh sikit la tapi around 30-40 mins dari airport. harga ticket lebih kurang je. ha!
bab ticket ferry ni mmg pedih sikit sebab mahal nokharam gais. harga dia mmg fixed. cuma if booking guna internet dapat discount celah gigi.

harga seorang dengan ramai-ramai ada beza jugak. aku suggest kumpul duit beli sekali.



Ferry ride to Koh Lipe ade dua sesi je ;
Sesi pagi -- around 9am
Sesi petang -- around 2pm

ni penting sebab korang kena plan time korang smpai jetty tu pukul berapa.
and since korang nak masuk negara orang mmg kena pakai passport, boader pass tak boleh ye.
Maka, ada imigresen check up which is kena ada kat jetty at least satu jam awal. serabut kan.
sape suruh pergi thailand haha.

kami naik flight jam 10am sampai langkawi jam 11am
mereput kat terminal tu.

Office Immigration mmg ade kat sebelah engkorang je. cuma kena beratur check sorang sorang bila ferry dah sampai. tak perlu berebut ye sbb dh beli ticket mmg ada seat.

Perjalanan dari Lgkwi ke Koh Lipe hanya 1hr 45mins
We ols punya ferry depart at 3pm (lambat!) so sampai koh lipe 3.45pm cam tu.
Aik 45mins je? hahaha. Ape lah you ols ni. kan dah masuk thailand. guna time zone thai lah. kurang sejam
seronok kan!
Dalam ferry mmg tido manjang. tak terasa langsung tahu tahu dah sampai.


sampai sampai je ada immigration check point dia akan pulangkan korang punya passport
tak perlu beratur ye sebab dia akan jerit nama korang.
Wajib bayar 200 baht tax fee kat sini

ni map dia as of Feb 2018. mula tu kitorang minta kat immigration dia cakap takdak. pastu masa jalan kat walking street tu kami tanya jalan ke hotel kat orang kedai dia bagi maps. senang kan.

Then after that cari la hotel untuk korang settle down. mandi-mandi lu. basah tiak kot travel. haha.
lagi senang book siap-siap sebelum pegi travel. basic kot. malas ah nak ajar.

So next, aktiviti and total bajet kat Koh Lipe. yey! finally.

Travel to Koh Lipe, Thailand Part 2/2